Latest News

Siapakah Di sebalik Team Bioss Edutrip??

Friday, September 4, 2009 , Posted by BiossEduTrip at 10:08 PM

Team Bioss Edutrip mula ditubuhkan pada tahun 2004 dengan misi untuk melawat ke serata dunia sambil menimba ilmu dan melihat corak pembelajaran orang asing. Disertai oleh pelajar-pelajar dari Jabatan Bioproses, Fakulti Kejuruteraan Kimia dan Kejuruteraan Sumber Asli (FKKKSA), Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Skudai Johor.

Dengan bimbingan dan tunjuk ajar yang diberikan oleh pensyarah-pensyarah seperti PM Dr. Firdausi, PM Dr. Fadzilah Adibah, PM Dr. Lee Chew Tin dan Dr. Ida Idayu, setakat ini, sudah banyak negara yang berjaya dilawati, antaranya China, Taiwan dan Thailand. Dan yang terbaru dan bakal dilawati adalah Indonesia. InsyaAllah akhir tahun 2009, 22 november hingga 29 november.

Kak Nana, Andy Seet dan Dzulhilmi antara nama- nama yang telah mengharumkan dan memastikan agar impian untuk ke luar negara menjadi kenyataan. Merekalah pencetus dan penyumbang disebalik kejayaan trip sebelum ini.

Dan kini, ahli jawatankuasa baru telah pun dilantik agar tradisi ini dapat diteruskan. Diterajui oleh:

Pengarah : Ong hang Chee (3SKB)
Tim. Pengarah : Khairul Anuar Abd Aziz (3SKB)
Setiausaha : Lim Shu Fen (3SKB)
Bendahari : Ahmad Muzammil Mohd Haari (3SKB)

Ahli:
1. Mohd Khairul Hakimi bin Abdul Wahab (3SKB)
2. Kanchana Balasena (3SKB)
3. Nor Baisyatul Huzaili binti Razali (3SKB)
4. Heng Chee Unn (3SKB)
5. Muhammad Ezuan bin Mohammad Suhaimi (3SKB)
6. Muhammad Toha bin Noh (3SKB)
7. Yee Keat (2SKB)
8. Wu Kin Hoe (3SKB)

Jika Diperhatikan majoritinya adalah tahun 3 dan hanya seorang tahun 2.
Jika tiada aral melintang, insyaAllah kami akan mengambil ahli baru, cuma belum tentu lagi bila. Rasanya cukup disini dahulu sebagai pengenalan...
Assalamualaikum dan selamat malam =)

Currently have 0 comments:

Leave a Reply

Post a Comment